Dine-in Diben4rkan, Macam Dr Noor Hisham Beri ‘Hint’ Tak Setuju?

Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang sudah divaksin penuh, bergembira kerana akhirnya dapat dine-In bermula esok 20 Ogos 2021. Pengumuman ini bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya.

 

Dalam pada itu di laman twitter ada dikalangan netizen yang merasa bimbang jika kelonggaran ini dilaksanakan memandangkan kes Cov1d-19 semakin meningkat dari hari ke hari.

 

Hal ini turut mendapat perhatian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah  dan memberi peringatan kepada rakyat Malaysia.

“Peringatan untuk semua, banyak tempat dibuka kerana ekonomi & bukan kerana sudah selamat. Perlu diingatkan untuk pakai pelitup muka, atau pakai 2 lapis jika boleh, amalkan jarak fizikal & kerap mencuci tangan. Elakkan ruang yang sesak & terkurung. Tetap selamat & dapatkan vaksin secepat mungkin.”- tulis Dr Noor Hisham di laman twitternya.

Tweet tersebut telah mendapat perkongsian lebih dari 30 ribu dari netizen. Ramai yang membuat andaian sebenarnya bahawa Dr Noor Hisham tidak bersetuju dengan idea untuk membenarkan dine-in.

Malah ada yang marah dan tidak berpuas hati kerana dalam situasi kes yang meninggkat ini, kerajaan membenarkan sektor ekonomi di buka semula.

Demi keselamatan semua, pemilik prem1s perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COV1D-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Sumber:Murai.my

About admin

Check Also

Treler Terb4lik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi T4di, Seb4bkan Kedua-dua Arah Sesak

  Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan  Kemalangan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.