TERKINI: Ismail Sabri Dilantik Menj4di Perdana Menteri Ke-9

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda telah menerima jumlah majoriti yang mencukupi dari Ahli Dewan Rakyat untuk melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

”Istana Negara telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat, masing-masing menerusi surat akuan (statutory declaration) pada 18 Ogos 2021 lalu.

”Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

”Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” memetik kenyataan itu.

Sumber: Istana Negara 

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.