“Tiada Kaitan Dengan Pembalakan,” Ahli Geologi Kongsi Pandangan Berkaitan Tragedi Gunung Jerai

Kejadian yang berlaku di Gunung Jerai beberapa hari lalu sememangnya memberikan kesan yang sangat besar kepada penduduk sekitar sehingga ada yang turut terkorban.

 

Landskap kawasan itu mengalami kerosakan yang teruk dan berubah sekelip mata. Tidak cuma itu, kebanyakan rumah penduduk juga dipenuhi dengan lumpur yang mengambil masa yang lama untuk dibersihkan.

 

Mungkin ramai yang ingin tahu dan tertanya-tanya bagaimana tragedi ini boleh berlaku. Adakah disebabkan oleh kegiatan manusia semata-mata?

 

Jawapan itu mungkin dapat dijawab menerusi sudut pandang  yang dikongsikan oleh ahli geologi, Ahmad Zulqurnain Ghazalli di Facebook semalam.

 

Beliau menjelaskan satu persatu mengenai keadaan geologi di Gunung Jerai itu. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

TRAGEDI GUNUNG JERAI : KAITAN DENGAN GEOLOGI

 

Tertarik untuk aku cuba menghadami sudut geologi kawasan berlakunya tragedi Gunung Jerai semalam. Aku kira sebagai seorang ahli geologi profesional mungkin aku mampu memberi sedikit input kepada masyarakat.

 

  1. Secara umumnya batuan di Gunung Jerai terdiri daripada Batuan Granite dan Formasi Jerai. Formasi Jerai ni terdiri daripada batu syis dan kuartzit.
  2. Sekarang kita lihat kepada geomorfologi kawasan (Rujuk gambar 1). Terdapat morfologi (bentuk muka bumi) di kawasan itu yang menunjukkan ianya merupakan kawasan old dormant landslide.

Bahasa melayunya adalah “Tanah runtuh pendam-lama”. Tanah runtuh yang berlaku lama dah dulu cuma kita dah tak nampak jelas sebab dah dilitupi pokok dan tumbuhan. Untuk kawasan ini hasil hasil desk study sahabat aku P.Geol GS Hairil Azwan di gambar 3 menunjukkan morfologi yang lebih jelas.

  1. Sebenarnya bukan pertama kali Old Dormant Landslide menjadi antara punca berlakunya bencana di Malaysia. Umpamanya kes tanah runtuh di Amber Court, Genting Highland. Hasil kajian lapangan pasukan geologist kami di Geoventure Solution Sdn Bhd menujukkan Old Dormant Landslide turut menjadi faktor penyebab tanah runtuh selain daripada faktor-faktor lain.

 

  1. Ramai juga yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi lokasi Old Dormant Landslide ni di Malaysia. Bahkan seminggu sebelum mentor aku, Arwah Prof Tajul Anuar Jamaluddin pergi menghadap ilahi. Sempat kami rancak merancang cadangan kajian berkenaan Old Dormant Landslide ini.

 

Di saat bencana geologi sebegini berlaku, pastinya ulasan dari Arwah tersangat dirindui. Al Fatihah buat beliau.

 

  1. Kembali kepada Gunung Jerai. Menarik apabila aku semak nota kuliah Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed (UKM) yang menujukkan di dalam peta semenangnya telah dinyatakan akan kewujudan tanah runtuh di kawasan tragedi.

 

Boleh rujuk gambar 2. Yang warna kuning tu merupakan tanah runtuh yang telah dicerap dahulu. Ternyata tanah runtuh ini telah dikesan awal oleh pengkaji terdahulu.

  1. Jadi secara asasnya. Kawasan ni sememangnya tidak stabil dari sudut geologinya.

 

  1. Namun pastinya ada faktor pencetus berlakunya kejadian ini. Terlalu ramai yang telah berkongsi di Media Sosial. Ianya kerana intensiti hujan turun mencurah-curah pada 18hb ogos 2021 yang luar dari kebiasaan. (Rujuk gambar 4
  2. Ianya tiada kaitan dengan pembalakan. Elevation di kawasan yang diakatakan tu adalah 120m dari aras laut. Elevation puncak old dormant landslide tu pula adalah 623m dari aras laut. Mana mungkin air naik ke atas bang. Posisi pun berbeza sisi dan lokasi yang jauh. (Rujuk gambar 1)

 

  1. Namun semestinya kajian lebih menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berautoriti. Aku yakin pihak berwajib telah memulakan langkah kajian. Cuma desk study ini sekadar hasil kajian melalui imej satelit dan pembacaan aku.

 

  1. Akhir sekali aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa. Moga Allah SWT menjadikan asbab ujian ini untuk mengangkat martabat kita orang beriman.

Sumber: Ahmad Zulqurnain Ghazalli

 

About admin

Check Also

(video) Cikgu Sebak Melihat Ke4daan Anak Muridnya Y4ng Hanya Tinggal Di B4wah Jambatan Tepi Sungai

Ketika pandemik ini, baru kita lihat dengan lebih jelas bahawa sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.