(Video) ‘Rider’ Foodp4nda Hilang Kawalan Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Dikejar Anjing

Satu video yang memaparkan seorang penghantar makanan Foodpanda kemalangan telah menjadi tular di media sosial.

 

Video yang berdurasi selama 20 saat itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Edward Likes

 

Video yang dirakam melalui CCTV itu bermula dengan menunjukkan dua orang wanita sedang berborak di bahagaian hadapan rumah.

 

Secara tiba-tiba, seorang penghantar makanan yang datang dari arah luar telah merempuh pagar rumah berkenaan.

 

Dalam video tersebut, dapat didengari bunyi salakan anjing di kawasan terbabit.

Menurut kapsyen pada video yang dimuat naik itu, penghantar makanan tersebut berkemungkinan tidak dapat mengawal motosikalnya dipercayai kerana dikejar oleh anjing.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada penghantar makanan tersebut tercedera atau tidak.

 

Pun begitu, video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini ianya telah mendapat lebih 5 ribu perkongsian.

Sumber: Edward Likes

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.