Pemain Catur Dari Mauritania Ini Tarik Diri Dari Kejohanan Dunia Selepas Enggan B3rtemu Dengan Pemain Israel

Seorang pemain catur dari negara Mauritania yang berusia 14 tahun telah dilaporkan menarik diri dari Junior World Cup selepas undian yang dibuat telah menetapkannya untuk berlawan dengan pemain Israel.

 

Abdul Rahim Al-Talib adalah pemain catur yang berbakat dan berada pada kedudukan ke-47 daripada 215 pemain di dunia.

Liga Kebangsaan Mauritania menghormati keputusannya dan menyambut kepulangannya di tanah air mereka.

 

Selain daripada Abdel Rahman Al-Talib, terdapat beberapa atlet yang turut mengambil langkah menarik diri daripada bertanding dengan atlet Israel.

Bulan lalu, atlet judo Algeria, Fethi Nourine telah menarik diri daripada acara lelaki 73kg di pentas Olimpik Tokyo selepas dia mengetahui bahawa dia akan berhadapan dengan atlet Israel iaitu Tohar Butbul dalam pusingan kedua.

 

 

Ianya adalah kali kedua atlet tersebut menarik diri dari pertarungan pusingan kedua menentang atlet dari Israel dengan yang pertamanya adalah pada Kejohanan Dunia 2019 di Jepun.

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.