PM M3lawat kedi4man Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediamannya petang tadi.

 

Menerusi pertemuan itu, Muhyiddin menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya dan akan memberi sokogan penuh kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

”Saya telah menerima kunjungan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

 

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan InsyaAllah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

 

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada jam 2.28 petang tadi.

Pelantikan itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat, setelah Ismail Sabri mendapat sokongan majoriti dari ahli Dewan Rakyat.

Sumber: FB Tan Sri Muhyiddin Yassin

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.