SELEPAS POLIS B3RITAHU AKAN MINTA B4NTUAN INTERPOL CARI NADIR AL NURI, INI YANG TERJ4DI PADA NADIR DAN INI KOMEN DIA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata tindakan itu diambil selepas polis gagal mendapat maklum balas daripada kedua-duanya berhubung tarikh untuk merakam percakapan mereka.

Ashari berkata, kedua-dua individu itu perlu dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan polis berhubung satu laporan yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 21 Julai lalu.

“Kita sudah ‘chat’ (berbual) dengan mereka namun tidak dibalas, maka kita minta bantuan pihak INTERPOL untuk mengesan dan berhubung dengan mereka.

“Ini kerana kita belum menerima tarikh dan masa yang sesuai daripada mereka untuk diambil keterangan secara dalam talian. Kita menunggu laporan daripada INTERPOL untuk sebarang perkembangan mengenai perkara itu,” katanya.

 

Ashari berkata, pihaknya berharap Caprice dan Muhammad Nadir memberi maklum balas secepat mungkin dan kerjasama sewajarnya untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.

Pada 29 Julai lalu, Ashari dipetik sebagai berkata, pihaknya dalam proses merakam percakapan dua individu terbabit susulan laporan dibuat Ebit Lew mendakwa difitnah beberapa individu berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini menerusi media sosial.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke IPD Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.

INI RESPOND NADIR SELEPAS DAPAT TAHU INTERPOL CARI

 

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah memuatnaik satu kenyataan tentang apa yang berlaku sekarang ini.

 

Menurut beliau selepas berita PDRM meminta bantuan INTERPOL untuk mencari kerana tidak dapat jumpa beliau sebanyak 3 program LIVE terpaksa dibatalkan.

 

Menurut Nadir, ini satu nikmat yang tidak disangka dikurniakan oleh Allah SWT untuk beliau berehat.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir, yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

 

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.

 

Sementara itu, Caprice pula mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew, susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan.

Caprice pelik polis minta bantuan Interpol… tak dapat ‘chat’ kes Ebit Lew – “My number is public… tak ada siapa contact pun

PELIK! Penyanyi rap Caprice hairan mengapa pihak polis terpaksa menggunakan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejakinya yang kini berada di Mesir.

 

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, dia tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung siasatan terhadap laporan yang dibuat personaliti dakwah, Ebit Lew pada 21 Julai lalu.

 

“Pelik, my number is public… tak ada siapa contact pun.

 

“Kedutaan Malaysia pun tak beritahu apa-apa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

 

Caprice mengulas laporan mStar tentang kenyataan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang memberitahu pihaknya gagal menghubunginya untuk diambil keterangan secara dalam talian.

 

Kata Ashari, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan Interpol selepas Caprice dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar pihaknya.

 

Tambah Caprice, dia sangat terkejut selepas membaca kenyataan polis kerana yakin pihak berkuasa mempunyai kepakaran untuk menghubunginya.

“Saya sangat yakin OCPD ada akses kepada kedutaan atau WhatsApp.

 

“Tapi ini menjadi kes pertama dalam sejarah apabila Interpol digunakan untuk kes fitnah antara dua influencer.

 

“Saya rasa ada kes-kes lagi berat di dunia dan di Malaysia yang perlu Interpol, FBI dan polis,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu Caprice yang kini sedang melengkapkan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040 berkata dia sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi.

 

“Semestinya saya sedia, siapa je tak nak kerjasama dengan pihak polis,” katanya.

 

Sementara itu bagi menjawab tentang dakwaan memfitnah Ebit Lew, Caprice menafikannya.

 

“Alhamdulillah selama saya hidup tak pernah fitnah sesiapa kerana dalam Islam perbuatan itu lebih teruk daripada membunuh seseorang,” katanya

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB Nadir Al Nuri / MSTAR ONLINE

 

 

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.