Seniwati Mimi Loma Meningg4l Dunia Dalam Tidur

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Seniwati veteran, Siti Aminah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mimi Loma meninggal dunia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, di sini pada 2.20 pagi tadi.

 

Perkara itu disahkan anak saudaranya Rozita Rohaizad, 64, yang memaklumkan artis yang menempa populariti pada era 1960-an itu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur selepas beberapa hari dalam keadaan lemah dan kurang selera makan akibat mengalami cirit birit sejak Selasa lepas.

 

Beliau berkata ibu saudaranya meninggal dunia dalam keadaan tenang di sisi ahli keluarga.

 

“Keadaannya agak lemah dan diberikan ubat, doktor juga datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan tetapi dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan di rumah sahaja kerana kesihatannya semakin uzur dan tiada kaitan dengan COVID-19.

 

“Ibu saudara saya turut mengalami masalah penglihatan, darah tinggi, tidak mampu berjalan dan sakit belakang selepas terjatuh di rumahnya pada bulan September tahun lepas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah Allahyarhamah Mimi Loma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves pada 11.30 pagi tadi.

 

Allahyarhamah yang pernah membintangi filem Ahmad Albab pada 1968, meninggalkan seorang anak dan tiga cucu.

 

Allahyarhamah Mimi Loma merupakan adik kepada Biduanita Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan seniwati Allahyarhamah Mariani Ismail.

Sumber: Bernama

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.