Ismail Sabri Bakal Berucap Buat Kali Pertama Sebagai Perdana Menteri Malaysia 5.30 Petang Ini

Semalam secara rasmi, Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Ini selepas perletakkan jawatan bekas Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Hari ini pada jam 5.30 petang, Ismail Sabri dijangka berucap buat kali pertama sebagai Perdana Menteri. Dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, Ismail Sabri memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Kabinet kerajaan pimpinan Ismail Sabri masih lagi belum diumum secara rasmi walaupun sudah ada beberapa jangkaan dari netizen. Cabaran utama untuk kerajaan baharu ini adalah bagaimana Malaysia ingin keluar dari pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

 

Siaran langsung ucapan petang ini boleh ditonton di saluran RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan TV Al Hijrah

Sumber: Bernama

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.