TMJ Nak Jump4 779 Guru di Johor Yang Dilapor Tolak Vaksin Covid-19

Dianggarkan sebanyak 779 guru di Johor  menolak pemberian vaksin, menurut keterangan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang.

 

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin kepada guru-guru tersebut.

 

Berita penolakan vaksin 779 guru di negeri ini telah diambil maklum oleh Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ismail.

 

Tunku Ismail dalam kenyataanya di laman Twitter berkenan untuk berjumpa Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru tersebut dalam masa terdekat.

 

Baginda bertitah, keutamaan negeri Johor adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Hantaran Tunku Ismail ini berbentuk maklum balas dari salah seorang warga net meminta hal ini diambil tindakan serius oleh baginda.

 


Sumber: Putera Mahkota Johor, Sinar Harian

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.