(Video) Helang Terpantas Di Dunia, Kenali Helang Peregrine Dengan Kelajuan 320 Km/j Ketika Menjunam

Helang merupakan antara burung pemangsa yang terkenal dengan kelajuan mereka. Malah, ketajaman mata spesies ini juga menjadikan ia antara pemangsa digeruni kerana boleh melihat mangsa walau dari tempat tinggi.

 

Salah satu spesies helang yang paling laju ialah helang Peregrine. Berdasarkan Ensiklopedia Britannica, helang bersaiz dewasa boleh membesar sehingga 36 ke 49 cm. Pasti teruja sekiranya dapat melihat seekor burung menjunam dengan kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan kereta Formula One (F1).

Kelajuan mencecah 320km/j

Menurut Earthsky.org pula, burung helang Peregrine ini dipercayai merupakan haiwan terpantas di dunia ketika ia melakukan terjunan. Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 320km perjam. Malah, sekiranya diukur kelajuannya sekitar 200 batu sejam, helang ini dapat bergerak lebih pantas berbanding kereta F1 yang sedang bergerak.

 

Walau bagaimanapun, menurut vox.com, helang ini terbang sekitar 40 ke 60 batu perjam ketika melakukan penerbangan biasa. Walau bagaimanapun, mereka ini boleh menjunam dengan lebih laju ketika melakukan perburuan ataupun ‘rampasan’.

Habitat & Pemakanan

Helang Peregrine merupakan burung pemangsa yang boleh ditemui di setiap benua kecuali Antartika (National Geographic, n.d). Ia memilih kawasan yang terbuka dan luas, seringkali ditemui di persisiran pantai di mana beburung pantai mudah ditemui.

 

Ia juga boleh ditemui di kawasan gurun, tundra mahupun jambatan tinggi ataupun menara di bandar besar.

 

Spesies ini dikatakan akan terbang tinggi untuk memburu sebelum menjunam laju untuk menangkap mangsanya yang terdiri daripada itik, burung-burung dan kelawar.

Migrasi

Memetik National Geographic, biarpun ada yang menetap di sesuatu lokasi, spesies ini akan mengembara ketika musim bersarang. Malah, mereka mampu terbang sejauh 15,500 batu setahun.

 

Nak tahu bagaimana kelajuan burung ini ketika menjunam? Tonton video di bawah apabila kamera diletakkan di badan burung tersebut.

 

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.