Kuasa Tuhan Tidak Terjangka, Sungai Muncul Tengah Kampung Selepas Tragedi Kepala Air Di Kedah

Banjir kilat yang berpunca dari kepala air yang melanda beberapa kawasan di Kedah mengakibatkan banyak kerosakan awam terutamanya rumah dan jalan raya. Namun di samping musibah yang datang, terdapat juga rezeki yang tidak disangka-sangka.

 

Sebuah video di aplikasi TikTok baru-baru ini menunjukkan sebuah kampung yang turut terjejas akibat banjir. Yang lebih menghairankan selepas banjir surut, secara tiba-tiba terbentuknya sebuah sungai yang mengalir di tengah kampung.

 

@pendangmarvelKuasa Allah. Asalnya kampung tukar jadi sungai airterjun selepas bencana Tsunama Gunung Jerai

♬ original sound – Amyrul Myrul Hashim

 

 

Kewujudan sungai itu mengejutkan banyak pihak terutamanya penduduk memandangkan sebelum ini kampung itu sememangnya ketiadaan sungai. Kelihatan air jernih yang mengalir seolah-olah sungai itu sudah terbentuk lama sebelum ini.

 

Lawa perancangan Allah

 

Netizen yang menonton turut teruja melihat keajaiban yang berlaku. Malah beberapa orang netizen sudah membayangkan kawasan itu dibangungkan sebagai tempat berehat dan berkelah di samping dapat mewujudkan ekonomi baru.

 

Hampar tikar boleh berkelah

Rare pokok kelapa tengah sungai

Boleh dijadikan resort

 

Menurut pemilik video tersebut, dia telah datang ke kampung tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. sebelum mendapati kemunculan sungai yang dikatakan berpunca dari air terjun Batu Hampar.

Turut kelihatan sebuah jalan yang runtuh akibat ‘tsunami kecil’ yang datang dari Gunung Jerai. Malah jalan itu dipisahkan dengan kewujudan sungai yang muncul selepas banjir surut.

Sumber: Borak Daily

 

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.