(Video) Puluhan Ribu Siput Sedut Dipercayai ‘Mendarat’ Di Pantai Klebang

Baru-baru ini, pantai pelancongan yang terkenal di Melaka, iaitu Pantai Klebang didakwa telah dibanjiri dengan kehadiran puluhan ribu siput sedut.

 

Gerombolan siput sedut yang naik ke darat itu menarik perhatian ramai, terutamanya penduduk kampung di sekitarnya, selain turut tular di media sosial.

 

Justeru, pemandangan ‘lautan siput sedut’ tersebut dimuat naik dalam bentuk gambar dan video sebelum tersebar hingga mencetuskan tanda tanya ramai.

 

Berikut di bawah adalah beberapa rakaman yang tular media sosial dipercayai sejak semalam.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Melaka Network, rata-rata netizen yang merupakan penduduk Melaka begitu ‘meriah’ berkongsi pengalaman masing-masing. Ada antaranya juga yang turut memberi pandangannya sendiri

Menurut mereka, situasi seperti ini didakwa merupakan merupakan fenomena luar biasa kerana katanya, binatang (hidupan laut) tidak akan keluar dari habitatnya kalau tiada ancaman.

 

Selain itu, ada juga yang berpendapat, siput sedut yang ‘menyerah diri’ untuk dikutip ini sesuai dimasak lauk masak lemak pedas. Maklumlah, orang Melaka kan, lauk pedas-pedas ini memang sudah jadi rutin.

 

Sementara itu, ada juga yang cuba mengimbau semula kejadian serupa ini dengan apa yang pernah dialaminya 16 tahun yang lalu. Bezanya, hidupan laut yang naik ke darat bukanlah siput sedut, tetapi kerang.

 

Bagaimanapun ada yang berpendapat, sebenarnya yang naik ke darat ini bukanlah siput sedut, tetapi siput belitung yang lebih kecil saiznya.

Di bawah ini pula adalah video yang dirakam oleh seorang penduduk di sana. Jelas kelihatan kawasan pantai tersebut telah ‘dijajah’ oleh makhluk bercangkerang ini.

 

fgghghj

Di bawah ini pula adalah perkongsian video daripada laman Twitter Melaka Hari Ini.

 

Sumber: Facebook Melaka Network / Twitter Melaka Hari Ini / komentar netizen

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.