Awas, 10 Negeri Dijangka Dilanda Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di sembilan negeri di Malaysia sehingga 7 dan 8 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.05 petang tadi turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

 

Berikut adalah negeri dan daerah yang dijangka terlibat:

 

Kedah (Kulim dan Bandar Baharu)

Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan (Jeli)

Pahang (Tanah Tinggi Cameron)

Selangor (Hulu Langat)

Negeri Sembilan (Jelebu)

Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)

Sarawak: Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)

Sementara itu, amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku sehingga 7 malam ini di daerah dan negeri berikut,

 

Kelantan (Bachok, Machang dan Pasir Puteh)

Terengganu (Besut)

Pahang (Pekan dan Rompin)

Johor (Mersing dan Kota Tinggi)

 

Sumber: MetMalaysia

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.