Chef Temui Ajal, ‘Dipatuk’ Ular Yang Baru Dipotong Kepalanya Untuk Dimasak

Seorang cef dilaporkan maut terkena bisa ular tedung semasa hendak menyediakannya untuk pelanggan di sebuah restoran di China.

 

Peng Fan, dari China Selatan, difahamkan berbesar hati kerana hidangan tersebut terdapat di dalam menu dan terus menyediakan makanan untuk pengunjung restoran ketika tragedi mengejutkan itu berlaku.

 

Ketika kejadian, cef tersebut telah menghabiskan selama 20 minit untuk membuat sup, kemudian dia terus merapikan dapur.

 

Semasa dia cuba untuk membuang kepala ular tersebut ke dalam tong sampah, ia secara tiba-tiba mematuk lelaki itu.

 

The Daily Star melaporkan bahawa bisa ular tersebut sangat beracun.

Ianya mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit, mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut.

 

Penawar kepada bisa tersebut boleh merawat kesan bisa itu, namun ianya perlu diambil dengan kadar segera.

 

Pengunjung restoran yang bernama Lin Sun menyatakan: “Ketika kami sedang makan di restoran tersebut bagi menyambut ulang tahun isteri saya, tiba-tiba berlaku kekecohan

“Kami tidak tahu apa yang berlaku tetapi kami terdengar jeritan dari arah dapur.

 

“Terdapat jeritan memanggil doktor di restoran itu tetapi malangnya ketika bantuan perubatan tiba, lelaki itu sudah pun meninggal.

 

“Selepas kami tahu perkara itu, kami terus berhenti makan.”

 

Sementara itu, seoran pakar menyatakan bahawa ular dan reptilia lain masih boleh bergerak selepas satu jam ianya dibunuh.

 

“Tidak mustahil bahawa kepala ular itu masih hidup semasa ia menggigit tangannya. Walaupun ular itu telah hilang kepalanya, namun terdapat pergerakan reflektif yang boleh dilakukan oleh ular tersebut.

 

“Ianya bermakna bahawa ular ada kebolehan untuk mematuk dan menyuntik racun walaupun kepalanya telah dipotong.

Sumber: Daily Record

About admin

Check Also

Treler Terb4lik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi T4di, Seb4bkan Kedua-dua Arah Sesak

  Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan  Kemalangan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.