Pfizer Mohon Kelulusan FDA Untuk Suntikan Dos Ketiga, Mampu Tingkatkan Imunisasi 3 Kali Ganda

Syarikat farmaseutikal Pfizer memohon kelulusan daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk memberi suntikan ketiga atau dikenali sebagai ‘booster shot’ vaksin Covid-19.

 

Pihak Pfizer menjelaskan

bahawa suntikan ketika ini mampu meningkatkan imunisasi tiga kali ganda terhadap virus ini. Ia menyasarkan untuk selesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga pada individu yang berusia 16 tahun dan ke atas pada akhir minggu ini.

 

Justeru itu, pentadbiran Amerika Syarikat sebelum ini sudah mengumumkan untuk penggunaan dos ketiga dari vaksin Pfizer dan Mordena pada pertengahan September.

 

Langkah ini akan diteruskan sehingga mendapat kelulusan daripada pihak FDA.

 

Satu kajian telah dilakukan oleh pihak Pfizer BioNTech yang menyatakan bahawa seramai 306 individu yang disuntik sebanyak tiga dos menunjukkan tahap imunisasi meningkat lebih tiga kali ganda berbanding dua dos.

Selain itu, mereka juga hanya mengalami kesan sampingan yang biasa seperti keletihan yang ringan dan sederhana serta mengalami pening kepala.

 

Sehingga hari ini, beberapa negara telah meluluskan suntikan ketiga untuk tingkatkan perlindungan daripada wabak Covid-19 ini.

 

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat data mengenai manfaat dan keselamatan berkaitan dos ketiga belum dapat disimpulkan. WHO juga turut berharap suntikan ketiga vaksin Covid-19 dapat ditangguhkan bagi memastikan semua negara mendapat akses vaksin yang sama rata.

Sumber: Astro awani

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.