sebagaimana hidupan lain yang bercangkerang seperti udang.
Selain dikenali sebagai ketam nipah, spesies yang ALOR SETAR: Disangkakan ular tetapi yang ditemui hanyalah ketam nipah.
Seorang suri rumah bimbang dan panik telah membuat panggilan kepada pihak bomba kira-kira jam 10 pagi tadi (Khamis), kerana menyangkakan almari rak pinggannya dimasuki ular.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, sebaik anggotanya tiba di rumah pengadu di Kuarters Pejabat Pos Alor Janggus, memang mereka terdengar bunyi seperti benda bergerak di dalam almari terbabit.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, anggota bomba menjumpai seekor ketam nipah sedang bergerak mencari jalan keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Naufal berkata, hasil siasatan suri rumah terbabit tidak menyangka ketam yang baru dibeli di pasar pada pagi itu terlepas dari ikatan lalu memasuki almari itu melalui lubang belakang.
Ketam itu kemudiannya diserahkan kepada suri rumah terbabit untuk dimasak.
Suri rumah itu sama sekali tidak menyangka sesuatu yang dibelinya dari pasar telah merangkak masuk ke dalam ruangan almari di dapurnya. – Foto: BBP Alor Setar
Kenali Ketam Nipah
Ketam nipah yang kenali dengan nama umum mud crab atau mangrove crab, dengan nama saintifiknya Scylla serrata adalah sejenis haiwan dari jenis krustasea. Sebagai haiwan dari jenis krustasea, ketam nipah juga memiliki cengkerang tergolong dalam famili Portunidae ini juga dikenali sebagai ketam bakau. Di sesetengah tempat ia turut dipanggil sebagai ketam lumpur dan ketam bangkang. Mungkin disebabkan oleh sifatnya yang kuat melawan maka ia digelar sedemikian.
Pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur zon pasang surut. Ianya merangkum sebahagian kecil perikanan di persisiran pantai.
Ketam nipah dari spesis Scylla serrata adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak. Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik.
Sumber : BBP Alor Setar