Asteroid lebih besar dari Big Ben masuk orbit Bumi minggu ini?

WASHINGTON: Sebuah asteroid sebesar hampir dua kali ganda saiz mercu tanda terkenal kota London, menara jam Big Ben dijangka memasuki orbit Bumi pada minggu ini.

 

Lapor Daily Star, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang mengesan asteroid diberi nama 2021 PT, yang dijangka muncul pada 29 Ogos ini.

 

Asteroid itu mempunyai diameter antara 110 hingga 240 meter, manakala menara jam Big Ben pula berada pada ketinggian 96 meter.

 

Batu angkasa itu bergerak pada kelajuan lebih 25,749 kilometer sejam namun akan melepasi Bumi pada jarak lebih empat juta kilometer.

 

Sementara itu, NASA mengesan satu lagi asteroid yang dinamakan sebagai 2011 UC292.

 

Asteroid itu memiliki diameter lebih kecil iaitu 73 hingga 160 meter namun ia bergerak pada kelajuan lebih pantas 30,743 kilometer sejam.

 

Bagaimanapun, asteroid itu dijangka melintasi Bumi pada jarak selamat iaitu lebih tiga juta kilometer pada 24 Ogos.

 

Dalam satu kajian dilakukan baru-baru ini, para saintis percaya mereka semakin hampir mengenal pasti asal usul asteroid yang menghapuskan dinosaur.

 

Sejak akhir 1970-an, para penyelidik yakin batu angkasa itu mendarat berhampiran Semenanjung Yucatan di Mexico. – AGENSI

Sumber : Daily Star

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.