“Kita Harapkan Perubahan, Tapi Tak Berlaku”, Hanya ‘Kitar Semula’, Respon Anwar Tentang Kabinet Kerajaan Baharu

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memberikan respon berkaitan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Ismail pagi tadi.

 

Katanya, pembentukan tersebut ternyata menghampakan rakyat kerana ia merupakan kabinet ‘kitaran semula’.

 

“Tentunya reaksi spontan dalam kalangan rakyat agak mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula.

 

“Seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial secara gurauan, kabinet baharu kabinet lama tapi macam almari yang tiada perubahan,” katanya.

 

Tambahnya lagi, rakyat mengharapkan perubahan tetapi ia tidak berlaku dan sepanjang tempoh satu setengah tahun yang lalu, menteri-menteri tiada kemajuan yang membanggakan.

“Negara menghadapi masalah COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan tetapi langkah yang diambil itu menunjukkan kitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan.

 

“Oleh demikian, sambutan (rakyat) itu sangat menghampakan, apa yang kita harapkan ialah satu perubahan tetapi ini tidak berlaku,” katanya lagi.

 

Disebabkan itu, beliau sebagai Ketua Pembangkang menegaskan bahawa mereka akan tetap memantau dan menyuarakan pendapat dengan lantang jika tiada sebarang program pelaksanaan yang lebih mantap untuk menangani COVID-19 dan mengubah kehidupan rakyat.

“Justeru, kami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau, menyuarakan dan membantah sekiranya tiada program pelaksanaan yang lebih mantap dan berkesan untuk menangani masalah COVID-19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat,” katanya.

 

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi video yang dimuatnaik di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

 

Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri pagi tadi, seramai 31 Menteri dan Timbalan Menteri telah dibentuk dengan beberapa orang muka baharu yang menggalas jawatan tersebut.

Sumber: Anwar Ibrahim

About admin

Check Also

‘Jmpa Di Syurga Suamiku..’Gag4I SeIam4tkn Diri, Cikgu Shahrin Rntung Dalam Kbkaran.

  Kuala Langat: Seorang lelaki wrga emas berusia 66 tahun ditemukan rntung berhampiran pintu di …

Leave a Reply

Your email address will not be published.