Lan Pet-Pet Tukar Kerjaya, Mulakan Tugas Sebagai Pembantu Peguam

Pelawak popular, Lan Pet Pet memilih beralih kerjaya baharu di kampung halamannya di Kedah sebagai pembantu peguam. Lan Pet-Pet sudahpun memulakan tugas baharunya itu semalam di syarikat guaman, Aswandi Hashim & Co yang mengendalikan kes-kes jen4yah di Mahkamah Alor Setar.

 

Menurut Lan Pet-Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, dia mengambil masa tujuh bulan untuk berlatih selok-belok kerjaya terbaharunya itu. Antara yang dipelajari sebelum bergelar pembantu peguam ialah, etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.

 

“Setiap perjalanan hidup mesti kena ada Latihan, saya berlatih paling unik tujuh bulan untuk ambil tahu etika untuk bercakap dengan awam dan di dalam mahkamah.

 

“Etika berpakaian, etika fizikal tubuh badan kita dalam mahkamah juga kadang-kadang saya pun tak tahu, saya rujuk balik kepada orang yang bijaksana,” katanya.

Seiring pekerjaan baharu yang disandangnya, Lan berkata, dia bersedia untuk memegang karakter sebagai peguam dalam sebarang drama atau filem jika menerima peluang pada masa depan. Ini kerana, katanya, dia amat optimis dapat menjiwai watak sedemikian berkat pengalaman bekerja di mahkamah.

 

“Saya minat nak pegang watak sebagai peguam, saya teringin sangat nak karakter itu sebab selama ini orang selalu nampak saya sebagai Lan Pet Pet yang keloloh, Insya-Allah jika ada tawaran jadi peguam saya boleh buat dengan baik,” ujar anak jati Alor Setar itu lagi.

 

Sementara itu, peguam Datuk Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co berkata, tempoh tujuh bulan yang diberikan kepada Lan telah digunakan sebaik mungkin pelawak terbabit untuk menyesuaikan diri dengan kerjaya barunya. Menurut Aswandi, beliau dan Lan telah bersahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu disebabkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

 

Selepas mereka bertemu semula Lan memaklumkan padanya bahawa dia meminati bidang perundangan, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya. Aswandi berkata, firmanya turut terbabit dalam syarikat perundingan yang memberikan latihan kepada orang ramai berhubung isu perundangan dan Lan bertuah kerana dia diberi tanggungjawab sebagai moderator dalam satu kursus yang dijalankan.

 

“Kita bagi kontrak satu tahun untuk dia belajar mengenai undang-undang pada dia dan dia sudah belajar tujuh bulan daripada awal dan sekarang kita bagi kontrak satu tahun untuk mendalami undang-undang pula, adi boleh dia gunakan untuk watak (dalam lakonannya) pada masa depan,” kata Aswandi lagi.

Sumber: Gempak

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.