“Mkan kami blh berpuasa..” Tidak Mampu Byar bil, Tahfiz Quran Al-Bukhari Bakal Bergelap.

PASIR PUTEH: Sebuah pusat tahfiz di sini bakal bergelap kerana bekalan elektrik dipotong dalam masa terdekat kerana ga.gal menjelaskan tunggakan bil RM2,537 manakala bil air  mencecah RM1,087.

 

Realiti pa.hit itu dihadapi Pusat Tahfiz Quran al-Bukhari Tok Bali di sini, yang menaungi 25 pelajar dan dua guru, ekoran  tabungannya ‘kering’ kesan ketiadaan bantuan dan sumbangan orang ramai sejak pan.demik me.lan.da negara.

 

Mudirnya, Khaharizal Abdullah memberitahu Utusan Malaysia, setakat ini, para pelajar tidak men.geluh walaupun menjalani kehidupan amat sederhana kerana faham pihak pengurusan ter.paksa berjimat-cermat supaya institusi dibina sejak 25 tahun itu dapat terus bertahan.

“Soal makan kami boleh tahan dengan cara berpuasa. Namun belum sampai ke tahap ikat pe.rut kerana masih ada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan ban.tuan makanan. Paling tidak, dalam bentuk beras dan gula.

 

“Untuk lauk pauk kami terpaksa mencari sumber kewangan lain. Sekali sekala, ada nelayan yang bermurah hati sedekahkan ikan segar untuk alas pe.rut anak-anak tahfiz ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

 

Selain anak tempatan, para pelajar pusat tahfiz tersebut berasal dari Terengganu, Selangor, Melaka, Kemboja dan Vietnam dengan rata-rata mereka mempunyai latar belakang keluarga susah dan sederhana.

 

Khaharizal berkata, beliau sudah memaklumkan kepada anak-anak tahfiz agar berjimat cermat menggunakan eletrik dan air bagi mengurangkan beban kosnya iaitu sekitar RM700 sebulan untuk elektrik sahaja.

“Sekarang gaji dua guru pun dibayar separuh sahaja iaitu RM750 sebulan. Hendak bayar lebih di luar kemampuan kerana pusat ini tidak mengenakan yuran kepada pelajar, sebaliknya bergantung atas ihsan ibu bapa yang mahu menyumbang mengikut kemampuan.

 

Seorang pelajar, Mohd. Lut Rosbi, 24, bersyukur dapat belajar secara percuma selama lapan tahun di pusat tahfiz tersebut dan kini dia mampu menghafal 20 juzuk al-Quran selain mendalami pengajian kitab Turath.

 

“Bukan tidak mahu menyumbang atau membayar yuran, tetapi saya juga anak yatim yang dikekang kemis.kinan keluarga. Alhamdulillah saya membesar dengan baik dan terbela di sini,” ujarnya.

Sumber:UTUSAN ONINE

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.