Hebat, Buat Kajian Berkaitan Kanser, Saintis Malaysia Terima Anugerah Berprestij Daripada Akademi Sains Kebangsaan UK

Saintis dari Malaysia, Dr Serena Nik Zainal dilaporkan telah diberi penghargaan di atas usahanya dalam kerja penyelidikan berkaitan kanser.

 

Dr Serena telah dianugerahkan Francis Crick Medal and Lecture 2022 daripada The Royal Society iaitu akademi sains kebangsaan UK yang mempromosi, mengiktiraf dan memberikan penghargaan terhadap perkembangan yang luar biasa dalam domain saintifik.

 

Menurut Astro Awani, Dr Serena yang kini tinggal di Cambridge, UK diiktiraf setelah melakukan sumbangan besar dalam analisisnya mengenai tanda-tanda mutasi pada genom kanser, yang juga telah digunakan dalam terapi kanser.

 

Kini bertugas sebagai doktor dan saintis di Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambrigde, Dr Serena akan menerima pingat dan hadiah sebanyak £2,000 (RM11,568).

Difahamkan, anugerah The Francis Crick Medal and Lecture akan diberikan setiap tahun kepada penyelidik yang terlibat dalam bidang sains biologi termasuk bidang genetik, biologi molekul dan neurobiologi.

 

Teruja dengan anugerah itu, Dr Serena turut berkongsikan kegembiraan di Twitter miliknya dan berterima kasih kepada semua yang menyokong usahanya.

 

Sebelum ini, dia yang telah mendapat tajaan dari Petronas untuk menyambung pengajian di University of Cambridge pada tahun 2000 juga telah meraih CRUK Advanced Clinician Scientist Fellowship pada tahun 2017.

 

Sementara itu, pada tahun 2019, Dr Serena telah memenangi Dr. Josef Steiner Cancer Research Prize yang dianggap sebagai ‘Hadiah Nobel untuk penyelidikan kanser’.

 

Tahniah diucapkan buat Dr Serena, semoga terus menghasilkan penyelidikan yang bermanfaat untuk semua.

Sumber: Astro Awani

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.