Wanita Terkejut Anak Burung Boleh Tersalah ‘Landing’ Dalam Bancuhan Tepung

Mesti ramai pernah ada pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika memasak. Masakan tak menjadi seperti yang diharapkan, hangit, tumpah dan pelbagai lagi sudah biasa kita dengar.

 

Kali ini, perkongsian pengalaman lucu di dapur oleh Nurul Anis, salah seorang warga Group Facebok Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) telah menarik perhatian ramai warganet.

 

Manakan tidak, dia yang baru hendak mula memasak, secara tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seekor anak burung yang masuk ke dalam bekas bancuhan tepung pisang dan cempedak goreng.

 

Tak tahu nak gelak ke nak nangis ni. Memang masak tak jadi malam ni.

Baru nak buat pisang dan cempedak goreng. Tak dan isi pisang dengan cempedak kau yang masuk dulu ye. Memang nak suruh aku goreng kau ke. Hidup lagi tu. Berenang-berenang lagi kau dalam tu ye. Lahaiii sabar sahaja la.

 

Jangan risau semua. Saya dah cuci dan bersihkan dia. Burung ni dah selamat balik kat keluarga dia dah pon. Alhamdulillah dia okay sahaja. Tak ada cedera mana-mana.

Perkongsian ini ternyata menghiburkan semua warga MATJHN sehingga meraih 12 ribu tanda ‘Likes’ dan lebih seribu komen setakat artikel ini ditulis.

 

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga netizen yang pernah melalui pengalaman sama.

 

“Lautan api sanggup ku redah…”

“Akak buatlah nama kuih baru. Burung mandi…”

“Nasib baik tak jadi burung celup tepung…”

”Saya pernah tergoreng burung sesat..”

“Amboi burung pun dah pandai nak mandi lulur ya..”

“Agaknya burung ni putus cinta kot…”

Sumber: Facebook Nurul Anis via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.