Cuba Senyum Tapi Tetap Rindu, Wajah Sayu Adik Sumayyah Teringat Arwah Ibu Meninggal Kerana COVID-19

Sukar untuk digambarkan rasa pilu yang menyelubungi bila kehilangan ibu tercinta. Tiada lagi pelukan dan kelembutan kasih ibu yang menjadi pelengkap hidup selama ini.

 

‘Ditinggalkan’ di usia yang sangat muda, bayangkan jika ia dilalui oleh anak kecil yang baru saja mula bertatih untuk mengenal dunia, pasti sangat perit untuk dihadapi.

 

Situasi tersebut dilalui oleh Sumayyah ini yang telah kehilangan ibu tercinta disebabkan COVID-19 pada Selasa lalu.

 

Videonya yang dikongsikan oleh ibu saudara, Nurafyfah Yacob di Facebook boleh meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya.

 

Manakan tidak, tatapan si comel itu bagaikan ‘memberitahu’ sesuatu mengenai ketiadaan ibu di sisi. Namun, di usia satu tahun setengah, dia  tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata.

Menurut Nurafyfah, ibu Sumayyah, Norfazzlyana Nezal bertarung nyawa selama 19 hari disebabkan oleh COVID-19. Ketika itu, Allahyarhamah juga terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan.

 

Pemergiannya itu juga menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu.

 

Kini, tinggallah Sumayyah bersama bapa dan adik beradiknya menjalani hidup tanpa kasih seorang ibu.

Mari ikuti luahan Nurafyfah mengenai nasib yang dialami anak saudaranya menerusi perkongsiannya di bawah ini.

 

Video ni sebenarnya spontan je lepas balik cucuk setahun 3 bulan seketul sumayyah semalam. Tapi bila tengok balik mata sumayyah macam ade sesuatu nak cakap kan. Ye mami tau sumayyah rindu mama. Mama mane?? kenapa mama yang tak bawak sumayyah pergi checkup? Allah andaila dia boleh berkata-kata.

 

Aku kalau bab anak ni lemah terus even ko garang macam singa ke tapi mak kan. Serapat apepun anak dengan ayah ibu jugak diorang cari. Nak pulak sumayyah ni sebaya kembar lagi luluh hati ni sebab dia kecik lagi tak paham ape erti kehilangan kematian insan tersayang.

 

Aku post video ni bukan mintak simpati atau buat arwah sedih tapi minta semua doakan ank-anak arwah kuat dan menjadi ank-anak yang soleh dan solehah. Mereka lah kekuatan untuk abang aku sekarang.

 

Mama sekarang dah jadi bidadari syurga dah.

 

Allah tu sayang.

 

Sehingga kini, video itu mendapat sebanyak 16,000 perkongsian dengan rata-rata warganet turut merasa sayu dan sebak melihat Sumayyah.

 

Semoga Sumayyah dan adik beradiknya cekal menjalani kehidupan bersama bapa serta menjadi anak yang solehah.

Sumber: Nurafyfah Yacob

 

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.