Hanya 4 bulAn bers4ma, suami iringi pengebumian lstri p4kai baju nikah

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perkara tersebut dirasai sendiri seorang lelaki dikenali sebagai Hassanudeen Undingz Killerz apabila memuat naik khabar duka isteri yang baru 4 bulan dinikahinya meninggal dunia.

Ketika isterinya berada dalam keadaan kritikal di hospital, lelaki tersebut ada meminta kenalan dan warganet supaya sama-sama berdoa untuk kesihatan isterinya yang ketika itu perlu ditidurkan.

Namun begitu, tiada siapa dapat melawan kuasa Tuhan apabila insan yang amat disayanginya tetap pergi menemui Pencipta.

 

Apa yang membuatkan warganet lebih sedih adalah tindakan lelaki tersebut yang memakai pakaian sewaktu mereka bernikah ketika menguruskan jenazah isterinya.

Dapat dilihat dia duduk di tepi pusara isterinya lengkap berpakaian putih sambil termenung menahan sedih kehilangan insan tersayang.

 

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang perasan dengan perkongsian tersebut menzahirkan ucapan takziah kepada Hassanudeen dan berharap dia kuat menerima takdir dari Allah S.W.T.

Mereka juga berdoa agar Allahyarham isterinya, Fatimah binti Ismil ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman .

 

 

Sumber : Sumber: Ohmymedia, Facebook Hassanudeen Undingz Killer

About admin

Check Also

“Maafkan seg4la dosa-Dosa saya sel4ma ini seikhlas ikhlas” Maria Tunku Sabri Positif Covid 19 , Baca4n Dar4h Rend4h. Pohon doa Semu4

Pengacara popular Maria Tunku Sabri yang disahkan positif C0VlDl9 telah dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.