Ular sawa merupakan antara spesies ular yang sangat digeruni oleh manusia kerana saiznya yang sangat besar dan kebolehannya untuk membelit dan menelan mangsa hidup hidup .
Baeu – Baru ini tular , di negara Indonesia mengenai ular sawa yang sangat besar . Ular sawa gergasi itu ditemui oleh penduduk di Desa Mekarsari Kintap , Kalimantan Selatan .
Penemuan mengejutkan itu disahkan sendiri oleh ketua kampung yang dikenali sebagai Wintono . Berbicara kepada media tempatan , ketua kampung memberitahu ular sawa itu ditemui dalam jarak kira kira 1Km dari kampung mereka .
Ular sawa gergasi tersebut dianggarkn sepanjang 8 meter dan seorang leleki pemancing dari Sumgaidanau , Kabupaten Tanahbubu yang terkejut saat menemui ular terdebut telah Berjaya merakam video tersebut .
Walaubagaimanapun, kerana bimbang akan keselamatannya , pemancing itu hanya sempat mengambil video dalam beberapa saat sebelum beredar dari tempat tersebut .
Menurutnya lagi , ini bukanlah kali pertama penduduk kampung menemui ular sawa yang besar tetapi dulu Ketika banjir di kebun , ular sawa besar itu pernah dilihat oleh orang kampung .
Tambahanya lagi , Ular sawa besar itu berkemungkinan keluar dari sarangnya kerana banjir yang sedalam 1 meter dan menyebabkannya keluar ketempat lain .
Meskipun ular sawa itu pernah dilihat beberapa kali , tetapi ketua kampung ini bersyukur kerana setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan haiwan ternakan disebabkannya
- SILA TEKAN JIKA MAHU LIHAT VIDEO
VIDEO :
Pihak kampung akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangkap ular sawa tersebut yang dikatakan masih berkeliaran di sekitar Kawasan kebun dan mungkin akan ditempatkan di tempat yang jauh dari manusia .
Sebagai info , ular sawa tersebut di dunia ini adalah ular sepsis Green Anaconda (Eunectes murinus) yang juga dikenali sebagai giant anaconda dan mempunyai ukuran melebihi 9 meter .
Ular Green Anaconda ini boleh ditemui di Amerika Selatan .
Sumber : All Heboh