Air Selangor melalui satu tweet sebentar tadi memaklumkan Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa dihenti tuags sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah dikesan di Muka Sauk Jenderam Hilir.
Susulan kejadian berkenaan, Air Selangor berkata, pihaknya akan memaklum senarai kawasan gangguan dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang.
”Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Maklumat lanjut akan dikongsi Air Selangor dari masa ke masa.
Sumber: Air Selangor