(Video) Kuat Drama, Gelagat Kuda Pura-pura Mati Setiap Kali Hendak Ditunggangi, Siap Terjelir Lidah

Seekor kuda pintar menarik perhatian orang ramai dengan helahnya yang pandai berpura-pura mati setiap kali ada individu yang ingin menunggangnya.

 

Kuda bernama Jingang itu akan ‘berdrama’ dan terus melembikkan kakinya setiap kali didekati untuk ditunggangi. Ia kemudiannya menjatuhkan diri dan berlagak seakan terbaring kaku dengan mata tertutup.

 

Malah, ada masanya Jingang menjelirkan lidah, dipercayai agar lakonannya tampak lebih realistik.

 

Rakaman mencuit hati itu telah dikongsikan oleh akaun Youtube, Kritter Klub yang berkongsikan video-video lucu haiwan di platform tersebut. Tonton gelagat Jingang di sini.

Rakaman itu telah menarik perhatian warga maya dari pelbagai pelosok dunia yang terhibur dengan gelagat Jingang.

Tak pernah tengok kuda dengan banyak personality

Ia seakan-akan “Aku rela mati”

Saya buat benda sama bila isteri ajak shopping

Kuda ni lagi pandai menipu dari berlari

Sumber: Kritter Klub

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.