Lepas Mandi Terus Tidur? Ini Bah4ya Tidur Dengan Rambut Basah Tapi Ramai Tak Tahu

Melakukan aktiviti di luar rumah pada siang hari menyebabkan rambut dan kulit kepala berasa tidak selesa kerana berpeluh dan berminyak. Jadi, secara tidak langsung kita akan membasuh rambut selepas pulang ke rumah kerana kulit kepala terlalu gatal.

 

Oleh disebabkan sudah lewat malam, sesetengah antara kita akan terus tidur dengan rambut yang basah. Ada juga mengatakan tidur dengan rambut basah boleh memberikan kita tidur yang lena dan nyenyak.

 

Mungkin masih ramai yang melakukan tabiat ini dan tidak tahu bahawa ia boleh membawa bahaya kepada anda. Oleh itu, ikuti penjelasan lebih lanjut oleh Hello Doktor mengenai keburukan tidur dengan rambut yang basah seperti di bawah.

Mungkin masih ramai individu yang buat kerana tidak tahu bahawa terdapat beberapa keburukan tidur dengan rambut basah.

 

Ia dianggap satu perkara yang normal kerana kebanyakan individu sangat gemar untuk mandi sebelum menuju ke kamar tidur. Persoalannya, apakah kesan tidur ketika rambut basah yang diperkatakan? Jom ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya!

 

Keburukan tidur dengan rambut basah

Sudah menjadi satu norma untuk individu terutama lelaki menggunakan gel atau minyak rambut setiap kali menjalani kehidupan seharian.

 

Disebabkan itu, adalah normal juga untuk seseorang itu membersihkan rambut menggunakan air sebelum masuk tidur.

 

Namun perbuatan itu sudah pasti akan menyebabkan rambut basah dan untuk menunggunya kering akan dianggap menyusahkan.

 

Akhirnya, individu cenderung memilih untuk tidur dengan rambut yang basah. Anda mungkin akan berfikir lebih daripada dua kali sekiranya tahu keburukan tidur dengan rambut basah seperti berikut:

 

  1. Betul ke boleh buat demam?

Masyarakat kita sering kali dimomokkan untuk tidak tidur dengan rambut yang basah agar dapat mengelak daripada demam.

 

Folklor orang lama ini sebenarnya mungkin sekadar palatao semata kerana ada pakar yang kata ia tidak mungkin berlaku.

 

Menurut Dr Chirag Shah yang merupakan pengasas laman sesawang Push Health, masih tiada kajian saintifik yang kata kesan tidur ketika rambut basah boleh menyebabkan demam.

 

Ini kerana demam adalah keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bukan diakibatkan oleh suhu terlalu sejuk seperti yang kebanyakan individu percaya.

 

Jadi, jika anda demam sejurus selepas tabiat ini dibuat, segera berjumpa doktor untuk mengambil ubatan dan rawatan ya?

 

  1. Jangkitan kulat

Meskipun tabiat ini dipercayai tidak akan menyebabkan demam, Dr Shah menyatakan bahawa ia boleh mengakibatkan jangkitan kulat.

 

Kulat seperti Malassezia boleh menjangkiti kulit kepala sekali gus membawa kepada kondisi seperti kelemumur dan dermatitis.

 

Untuk pengetahuan anda, kulat ini biasanya ditemui pada bantal, tilam atau cadar yang digunakan untuk tidur. Ia boleh membiak dan merebak di persekitaran yang lembap dan rambut yang basah adalah tempat yang ideal.

 

Ada kajian yang kata wujud juga kulat lain seperti Aspergillus fumigatus, yang boleh mendorong kepada jangkitan lebih teruk lantas melemahkan sistem imun manusia terutamanya mereka yang menghidap asma.

  1. Kerosakan rambut

Keburukan tidur dengan rambut basah yang seterusnya pula adalah ia boleh menyebabkan kerosakan pada mahkota anda itu.

 

Menurut Pakar Dermatologi Dr Adarsh Vijay Mudgil, ini kerana rambut berada pada tahap paling lemah ketika ia sedang basah. Tekanan akibat pergerakan ketika sedang tidur dengan rambut yang basah pula sudah tentu akan menyebabkan ia lebih rosak.

 

Ini terutamanya jika kalian menocang rambut sekali gus menyebabkan ia lebih mudah rosak dan gugur akibat tekanan itu. Jadi, adalah lebih baik untuk kalian tidur dengan rambut yang kering okay!

Apa yang boleh kalian lakukan?

Tentunya apa yang boleh kita semua buat untuk elak keburukan tidur dengan rambut yang basah adalah untuk tidak melakukannya.

 

Namun sudah pasti akan berlaku situasi di mana anda terlupa, terleka atau terlalu malas untuk melakukannya kerana terlampau penat.

 

Oleh itu, biasakan diri anda untuk melakukan perkara ini sebelum masuk tidur:

 

Gunakan bantal sutera

Ada kajian yang kata bantal, cadar atau tilam sutera mampu mengurangkan tekanan akibat gesekan pada rambut ketika sedang tidur.

 

Gunakan pelembut rambut

Ia mampu mengurangkan rambut tergumpal ketika tidur selain memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan mahkota anda itu.

 

Gunakan minyak kelapa

Ia mampu menyerap air yang terserap dek rambut sekali gus membuat ia lebih kering setiap kali sebelum anda masuk ke kamar tidur.

 

Rapikan rambut anda

Sebaiknya, anda perlu merapi rambut dengan menyikat ia menggunakan jari untuk mengelakkan ia rosak atau gugur ketika sedang lena.

Sumber: Hello Doktor

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.