Dubai Bak4l Bina Menara Tergantung Di Langit? Kaedah Nak Jadikan Keny4taan Seakan Tak Logik

Di zaman serba moden ini, dah banyak negara yang berjaya membina bangunan pencakar langit. Malah di negara kita sendiri, terdapat puluhan bangunan pencakar langit di pelbagai negeri.

 

Bila cakap pasal bangunan pencakar langit, dalam fikiran kita mesti terlintas nama Burj Khalifa. Bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ini menjadi simbolik negara yang menciptanya iaitu Dubai.

 

Kalau sebelum ni kita kenal Dubai sebab ada bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, lepas ni bangunan pencakar langit terapung pula akan dibina di negara Emiriah Arab Bersatu ni.

 

Bangunan pencakar langit terapung pertama ni dikenali sebagai Menara Analemma. Rekaan Menara Analemma diperkenalkan oleh sebuah syarikat arkitek di New York, Clouds AO, sekitar lima tahun lalu.

Lain daripada yang lain, menara ni bukan dibina di atas tanah seperti bangunan pada kebiasaannya. Clouds AO merancang untuk menggantung bangunan ini pada sebuah asteroid, membuatkannya terapung di udara.

Tapi macam mana mereka nak dapatkan asteroid ni?

 

NASA telah pun menjadualkan misi ‘penangkapan’ asteroid dijangka tahun ini, setelah Agensi Ruang Angkasa Eropah berjaya membuktikan kebolehan mendarat di atas komet bergerak pada tahun 2015.

 

Bangunan tergantung di asteroid ini akan berputar dalam bentuk angka lapan setiap hari dan kemudiannya akan kembali ke tempat asal di Dubai.

Di Menara Analemma ni akan dilengkapi ruang untuk pelbagai aktiviti. Ruang pejabat berada di tingkat paling bawah, diikuti tempat tinggal, ruang ibadah dan pelbagai ruang lain di tingkat-tingkat berbeza. Malah di menara ni turut disediakan tempat  pemakaman di tingkat paling atas.

 

Pembinaan bangunan pencakar langit tertinggi dalam sejarah ni pastinya memakan kos yang amat tinggi. Namun setakat ni masih belum ada sebarang maklumat tentang pembangunan projek Menara Analemma ni.

 

Tapi kalau betul jadi, agak-agak berapa la harga sewa kat sini ya?

Sumber: Clouds AODuzeen

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.