Jarak Saf Solat Di Masjidil Haram Dipendekk4n, Untuk Tampung Lebih R4mai Jemaah

Pihak berkuasa di Masjidil Haram di Makkah dilaporkan telah beransur-ansur memberikan kelonggaran buat jemaah yang menjalani ibadah ketika musim pandemik, lapor Kumparan.

 

Terbaru, pengurus masjid suci terbesar di dunia itu telah memendekkan dan mengurangkan jarak saf ketika solat agar mampu menampung jemaah yang lebih ramai.

 

“Masjidil Haram mengurangkan penjarakkan sosial di antara jemaah ketika solat untuk menampung peningkatan jemaah,” lapor Haramain Sharifain.

 

Pengurus Masjidil Haram juga telah memuatnaik gambar pelekat penjarakkan fizikal yang dipasang di kawasan jemaah melaksanakan solat sunat dua rakaat usai Tawaf.

 

Walaupun jarak telah dipendekkan namun penjarakkan fizikal masih lagi perlu dipatuhi untuk keselamatan jemaah. Sebelum ini, jarak antara jemaah adalah sekitar 2 meter.

 

Sementara itu, Masjidil Haram telah menerima kunjungan dari 60,000 jemaah sehari yang melakukan ibadah Umrah sejak 9 Ogos lalu.

 

Pihak berkuasa dijangka akan membenarkan bilangan jemaah menjadi 90,000 hingga 120,000 sehari atau 3.6 juta setiap bulan.

 

Bagaimanapun, semua jemaah perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi yang telah disediakan sebelum masuk ke Masjidil Haram dan mereka juga divaksinasi lengkap.

Sumber: Kumparan

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.