”Di Atas Dunia Lagi Allah Telah Memuli4kannya..” Kisah Perj4lanan Terakhir Pemuda Maut Kemalangan

Dalam Islam, setiap kematian seseorang yang berakhir dengan kebaikan disebut sebagai husnul khatimah atau maknanya, pengakhiran yang baik. Pasti semasa hayatnya, arwah begitu menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

 

Begitulah seperti yang diceritakan oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) hari ini apabila berpeluang menguruskan jenazah seorang individu berusia 19 tahun yang diambil dari Hospital Serdang.

 

Menurut perkongsian SPJM di Facebook, jenazah tersebut merupakan seorang penghantar makanan yang terkorban di jalanan dalam nahas yang tidak dijangka ketika mencari rezeki. Pengurusan jenazahnya telah berjalan dengan lancar dan amat mudah sekali.

 

“Benarlah seperti apa yang dikata bahawa syarat untuk mati itu tidak semestinya tua. Arwah bekerja sebagai penghantar makanan dan asbab kematiannya adalah arwah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika bekerja.

 

“Ramai sahabat handai telah hadir untuk bersama-sama membantu dalam menguruskan jenazahnya, bermula dari hospital sehinggalah ke tanah perkuburan.

“Di atas dunia lagi Allah telah memuliakannya di mana pengurusan jenazahnya telah berjalan dengan lancar dan amat mudah sekali. Ibu arwah berhajat untuk menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir dan kami telah tunaikan hasratnya.

 

“Wajah anak ditatap dengan penuh rasa kasih dan sayu untuk kali yang terakhir. Benarlah, kasih ibu itu membawa ke syurga,” maklum perkongsian tersebut.

 

Dalam pada itu, arwah juga telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, Klang sambil diiringi doa daripada puluhan sahabat handai, ahli keluarga dan saudara-mara yang hadir.

“Mudah-mudahan Allah menempatkan dirimu dalam kalangan salafussoleh serta syurga buatmu. Damai la dikau di negeri abadi. Innalillahi wa inna ilaihi raji’iun. Al-Fatihah..” tambahnya.

 

Urusan ambil jenazah dari Hospital Serdang hingga ke pengebumian dalam liang lahad dari pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang tadi berjalan dengan lancar melibatkan dua petugas SPJM.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia

 

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.