Bek4s penyewa tingg4lkan 19 labah-labah, ular sawa dal4m pangsapuri

LEWISTON: Seorang pemilik sebuah unit pangsapuri di Auburn, Maine menemui sebanyak 19 ekor labah-labah besar dan seekor ular sawa yang ditinggalkan oleh penyewanya sebelum ini.

Pemilik apartmen yang terkejut besar itu kemudian bertindak menghubungi seorang penyelamat haiwan terkenal, Drew Desjardins untuk memindahkan kesemua haiwan tersebut.

Kesemua haiwan itu ditemui oleh tuan punya unit pangsapuri tersebut ketika dia membuat pemeriksaan pada Rabu lalu.

Desjardins dilaporkan sebagai berkata, sebanyak empat daripada 19 labah-labah besar tersebut sudah mati.

Dia juga berkata, seekor ular sawa jenis ball itu dibiarkan hidup tanpa bekalan air minuman.

Desjardins menyatakan dia kemudian membawa semua haiwan tersebut yang masih hidup ke rumahnya.

Labah-labah tarantula dan ular sawa ball haram untuk dijadikan haiwan peliharaan di negeri Maine menyebabkan semua haiwan yang ditemui itu dipercayai akan ditempatkan semula di sebuah lokasi lain.

Nama tuan punya pangsapuri itu tidak didedahkan dan setakat ini tidak diketahui apa bentuk tindakan yang akan diambil olehnya ke atas bekas penyewanya itu.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.