Indonesia Cipta Plastik Mesra Alam Dari Ubi Kayu, Boleh Larut D4lam Air

Penggunaan plastik sudah sangat umum dalam masyarakat kita. Kehidupan seharian kita dikelilingi dengan bahan-bahan plastik. Penggunaan plastik secara tak terkawal sebenarnya boleh mendatangkan impak buruk kepada alam sekitar.

 

Plastik merupakan bahan yang mengambil masa yang sangat lama untuk diurai dan mereput secara semulajadi. Alhasilnya, banyak sampah berasaskan plastik yang kita lihat menumpuk di tempat pelupusan sampah.

Mungkin ramai yang dah tahu, selain daripada beg plastik konvensional yang selalu kita nampak di pasaran, ada juga alternatif lain seperti beg plastik biodegradasi.

 

Plastik biodegradasi atau bio-degradable plastic ni jauh lebih mesra alam berbanding plastik biasa. Malah di Malaysia, beg plastik biodegradasi sudah mula digunakan secara meluas.

 

Negara jiran, Indonesia juga tak ketinggalan dalam industri berkonsepkan mesra alam. Bukan sahaja menggunakan alternatif plastik biodegradasi ni, mereka turut menghasilkan beg plastik biodegradasi mereka sendiri.

Plastik biodegradasi dari Indonesia yang dikenali sebagai bioplastik ni menggunakan pati ubi kayu sebagai bahan utama. Idea tersebut berawal mula dari seorang lelaki Indonesia lulusan bisnes dan biologi dikenali sebagai Kevin Kumala.

 

Selain keunikan dari segi bahan iaitu ubi kayu, bioplastik ni juga boleh larut dalam air.

Nak tahu macam mana keadaan bioplastik ni bila dah larut, tengok video di bawah

 

Sumber: IDN Times, Twitter @levelsio

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.