Malindo Air Terbang 6 Kali Seh4ri Ke Langkawi Bermula 16 September

Susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke Langkawi, syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan penerbangan setiap hari ke pulau tersebut mulai 16 September ini.

 

Menurut Ketua Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Malindo turut menawarkan 15 kilogram percuma bagasi sempena sambutan Hari Malaysia. Tambah Mushafiz, ia akan diberikan kepada semua pemegang tiket ‘Super Saver’ Malindo Air.

 

Memetik laporan Astro Awani, Mushafiz berkata, lima penerbangan yang bakal ditawarkan adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (Subang Skypark). Manakala satu lagi penerbangan dari Lapanagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

“Kami juga akan memastikan semua kakitangan lengkap divaksin bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat kepada orang awam dan pelanggan,” kata Mushafiz.

 

Tambahnya, perjalanan dalam tempoh pandemik COVID-19 dijangka lebih kompleks. Penumpang masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain sekatan tertentu yang masih dipraktikkan.

“2021 adalah tahun yang mencabar buat industri penerbangan.

 

“Pembukaan semula Langkawi sangat bernilai bagi memajukan semula industri penerbangan dan pelancongan yang terjejas teruk,” ujar Mushafiz, memetik laporan Astro Awani.

 

Tambahnya, pihak Malindo berharap pembukaan semula Langkawi ini akan memberi nafas baharu buat semua pihak yang berkenaan.

Sumber: Astro Awani

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.