‘Pak guard’ meninggal, emp4t NGO gesa ambil tind4kan

IPOH – Gabungan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa supaya tindakan diambil terhadap pegawai polis yang menyiasat kes pengawal keselamatan maut selepas beberapa bulan terlantar akibat diserang penyewa sebuah kondominium di sini.

 

 

Gesaan itu dibuat oleh Persatuan MIAForce, Persatuan Pemas, Persatuan F.I.R.E dan Ottrumai Naam Balam Youth menerusi laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Selasa.

 

Presiden Persatuan MIAForce, S Dayalan berkata, pihaknya mengesyaki terdapat elemen rasuah terhadap siasatan kes yang pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan.

 

 

“Kes ini mempunyai banyak bukti kukuh yang tidak sepatutnya disiasat di bawah seksyen berkenaan kerana hukumannya ringan. Sepatutnya disiasat di bawah Seksyen 326 atau 307 Kanun Keseksaan pada awalnya.

 

“Selain itu, kami mahu suspek berkenaan diberkas secepat mungkin kenapa perlu ditangguhkan lagi berikutan mangsa sudah meninggal dunia 10 hari lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini.

 

Menurutnya, tujuan laporan itu dibuat bagi membolehkan pegawai berkenaan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami mahu tindakan undang-undang dan tatatertib dikenakan terhadap pegawai penyiasat terbabit yang dipercayai tidak betul dalam membuat siasatan dari awal dan pelakunya masih bebas.

“Mangsa menjalankan tugas sebagai anggota barisan hadapan, namun dia meninggal dunia kerana bersungguh-sungguh melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekang jangkitan Covid-19,” katanya.

 

Pada 27 Ogos lepas, mendiang S Thava Sagayam, 64, meninggal dunia selepas lapan bulan terlantar sakit berikutan diserang seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana mendiang dikatakan cuba menghalang anak lelaki itu daripada menggunakan kolam renang di sebuah kondominium yang tidak dibuka kepada orang ramai pada 29 Disember tahun lepas.

 

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lepas kerana mendatangkan kecederaan parah serta kes akan disebut semula pada 9 September ini.

Sumber : Sinar Harian

 

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.