28 PATI Warga Indonesia Dit4han, Cuba Ceroboh Masuk Negara Melalui Jalan Tidak Sah

Markas Divisyen ketiga Infantri Malaysia (3 Div) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan 28 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia bagi Op Benteng, 6 September lalu.

 

Pada jam 1.30 pagi, Anggota Petugas Pos Pemerta telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor.

 

Hasil maklumat tersebut, Tim Quick Reaction Force (ORF) dihantar ke kawasan berkenaan. 26 PATI dikesan sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau-Sedili Kecil (Bio-Desaru) dan berjaya ditahan sekitar jam 2.30 pagi. Dua lagi PATI ditahan pada jam 5.30 pagi di lokasi berhampiran.

 

Seramai 28 PATI berjaya ditahan, terdiri daripada 25 lelaki dan tiga wanita warganegara Indonesia berusia 17 hingga 51 tahun. Mereka dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

 

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 17, 575.80 melibatkan matawang ringgit Malaysia RM 1,004, matawang Indonesia IDR 27.052 juta (RM 7,870.80) dan 23 buah telefon bimbit

 

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

 

Sumber: National Task Force

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.