Warga Indonesia ‘kantoi’ bawa 1,000 lipan hidup d4lam feri

JOHOR BAHRU – Cubaan seorang penumpang feri warga Indonesia menyembunyikan 1,000 ekor lipan hidup dalam bungkusan tidak berjaya apabila dikesan semasa pemeriksaan di Terminal Feri Stulang Laut di sini pada Isnin.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis menemukan lipan hidup itu pada jam 1 petang.

 

“Kesemua lipan hidup yang cuba dibawa masuk itu dianggarkan bernilai RM1,750. Menurut lelaki warga Indonesia berusia 30-an itu, dia yang merupakan penumpang feri dari Batam, Indonesia mendakwa lipan itu dibawa masuk untuk dijadikan makanan untuk ikan.

 

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta ini,” menurut satu kenyataan pada Rabu.

 

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

 

“Pihak Maqis menasihati semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Sumber : Sinar Harian

About admin

Check Also

‘Jmpa Di Syurga Suamiku..’Gag4I SeIam4tkn Diri, Cikgu Shahrin Rntung Dalam Kbkaran.

  Kuala Langat: Seorang lelaki wrga emas berusia 66 tahun ditemukan rntung berhampiran pintu di …

Leave a Reply

Your email address will not be published.