‘Hentikan am4lan khurafat, pemuj4an di Gunung Jerai’

YAN – Umat Islam yang sebelum ini menjalankan aktiviti pemujaan ataupun khurafat di Gunung Jerai digesa menghentikan amalan tersebut kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, amalan yang boleh merosakkan akidah itu juga turut mengundang bala sehingga memberikan kesan kepada semua pihak.

Menurutnya, beliau yakin guru agama dan alim ulama di Kedah telah dan sedang memainkan peranan untuk menghilangkan unsur-unsur khurafat berkenaan.

“Kita harap benda ini (amalan khurafat dan pemujaan) akan dihentikan. Apabila datangnya bala ALLAH SWT, bukan sahaja kena pada orang itu sahaja tetapi juga kepada semua yang lain.

“Sahabat bertanya kepada Rasullulah SAW, apakah kami orang baik juga akan kena apabila datang bala, Nabi kata ya. Esok mereka akan dibangkitkan berdasarkan niat mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Rekreasi Titi Hayun selepas meninjau kesan banjir bencana kepala air, dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan wujudnya aktiviti bertapa, memuja nombor ekor dan mandi bunga di Puncak Gunung Jerai sebelum ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pihaknya juga yakin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan Pejabat Agama Daerah Yan telah melakukan pemantauan dan penguatkuasaan untuk menghalang amalan itu daripada terus berleluasa.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, perancangan dan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi pertambahan bilangan jemaah di masjid sedang dibuat susulan tular sebuah video dakwaan layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat.

“Kita boleh buat SOP selepas merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi kita juga mesti berunding dengan pihak berkuasa negeri dengan merujuk kepada sultan yang merupakan ketua agama di negeri masing-masing,” ujarnya.

Idris turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM516,600 daripada empat agensi di bawah kementeriannya bagi kerja-kerja sanitasi masjid, sumbangan kotak makanan dan beg sekolah bagi membantu mangsa yang terjejas dalam kejadian kepala air pada 18 Ogos lalu.

Sumber ; Sinar Harian

 

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.