Rebecca reda sembuh COVID-19, suami susah b4ngun, jal4n bertongkat

REBECCA reda sembuh COVID-19, suami susah bangun dan jalan bertongkat. Begitulah luahan seorang isteri yang juga pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam apabila suaminya Datuk Nor Azam Sulaiman yang sudah sembuh dari jangkitan COVID-19 namun diberi ujian apabila susah bangun dan terpaksa jalan menggunakan tongkat.

Datuk Nor Azam kini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah 21 Julai lalu. Namun Rebecca begitu risau dan terpaksa membawa suaminya mendapatkan rawatan sebuah pusat perubatan kerana berhadapan kesakitan pada bahagian pinggang yang melampau.

 

“Sang cinta suamiku @azambecca tiba-tiba susah nak jalan disebabkan pinggangnya sangat sakit.

 

“Dua hari lepas dia sudah rasa something dengan pinggangnya, tapi tetap cuba kuatkan diri.

“Tapi semalam tiba-tiba macam susah hendak berjalan pula dan terus bawanya check ke hospital. Risau…

“Tidak tahu nak cakap apa punca. Mungkinkah selepas baik dari COVID-19 stage 4-5 hari itu ada kesan sampingan?

Semoga baik dan sakit biasa-biasa

“Doktor bagi ubat untuk seminggu tengok macam mana. Sebab secara jujurnya suami saya memang tidak suka pergi hospital dan apa lagi masuk hospital.

“Insya-Allah semoga baik dan sakit ini biasa biasa sahaja ya sayang. Tapi itulah, bangun susah dan nak jalan harus ada tongkatnya. Allahuakbar.

“Ujian dari Allah kami terima dengan reda, insya-Allah ujian pada hambaNya yang mampu hadapi dan hebat.

Semoga suami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah

“Semoga Allah menghapuskan segala dosa-dosa suami, mengekalkan iman dan segala kebaikan dalam dirinya.

“Semoga setiap langkah suami dilindungi Allah dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya,” kongsi Rebecca yang turut berkongsi video suaminya telah disorong menaiki kerusi roda pada hantaran yang sama.

 

Sumber : Astro Awani

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.