‘Duit RM3,000 d4lam tin biskut hangus’

KUALA NERANG – Kira-kira RM3,000 duit simpanan seorang remaja sindrom down yang disimpan dalam tin biskut untuk membeli telefon pintar hangus selepas rumahnya di Felda Lubok Merbau, dekat sini terbakar pada pagi Sabtu.

 

Duit milik Muhammad Amzar Haziq Mohd Azlan,13, itu semua habis terbakar dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.

 

Nenek mangsa, Sopiah Saidin, 83 berkata, kebakaran tersebut disedarinya di bahagian atas kediamannya sebelum memanggil empat cucunya termasuk Muhammad Amzar Haziq untuk menyelamatkan diri dengan berlari ke luar rumah.

 

“Kejadian berlaku dengan pantas dan semua dokumen penting seperti kad pengenalan memang tak sempat diselamatkan. Duit simpanan Muhammad Amzar Haziq sebanyak RM3,000 yang mahu digunakan untuk membeli telefon pintar juga hangus.

 

“Duit dalam tin biskut adalah hasil simpanan duit raya, duit pemberian orang dan duit sekolahnya,” kata warga emas tersebut ketika menerima kunjungan Pengerusi Rangkaian Anak-Anak Padang Terap (Rapat), Datuk Seri Ghazali Ibrahim di Felda Lubok Merbau, dekat sini pada Ahad.

Ghazali hadir menyampaikan sumbangan daripada Rapat bagi membantu meringankan beban Sopiah sekeluarga.

 

Sopiah berkata, walaupun tidak dapat menyelamatkan barang dan perabot di rumahnya yang terbakar, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat.

 

Katanya, semasa kejadian, anak-anaknya tidak berada di rumah dan dia pula tidak mampu menyelamatkan barang-barang untuk dibawa keluar dari rumah tersebut kerana api sedang marak.

“Buat masa ini saya tinggal dahulu di rumah anak yang berada di belakang rumah terbakar ini.

 

“Apapun, saya bersyukur kerana tidak berlaku tragedi yang tidak diingini. Mujur kebakaran ini disedari awal dan saya serta cucu-cucu sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.