Lukis J4lur Gemilang sep4njang 12 meter, r4mai tidak sangka pelukisnya ad4lah si cilik 6 tahun. Luar bi4sa!

“Saya ingatkan dia bergurau sahaja, tapi tidak sangka dia benar-benar serius untuk hasilkan bendera Malaysia sepanjang 12 meter ini,” kata Anas Khaled Kamel mengenai adiknya, Alis Khaled Kamel.

Alis yang berasal dari Kuala Lumpur telah mengejutkan negara apabila berjaya melukis Jalur Gemilang sepanjang empat kaki sempena kemerdekaan, 31 Ogos, baru-baru ini.

Anak kecil yang baru berusia enam tahun itu sanggup mengorbankan waktu tidur dan rehatnya semata-mata menyiapkan bendera Malaysia, hasil idea dan kreativitinya yang tersendiri.

Ketika dihubungi GPSBestari, Anas (mewakili Alis) berkata, Alis seorang adik yang sangat teliti dan sempurna dalam setiap kerja yang dilakukan.

“Dia akan pastikan apa yang dia hendak, perlu disiapkan dengan teratur dan bersih

“Begitu juga dengan penghasilan bendera Malaysia ini. Dia akan siapkan juga walaupun perlu melukis dan mewarnanya sehingga tengah malam,” kata Anas.

Beritahu Anas, Alis hanya mengambil masa dua minggu sahaja (sebelum tibanya 31 Ogos) untuk menyiapkan Jalur Gemilang tersebut.

“Alis perlu bahagikan masa antara kelas online dan lukis bendera ini.

“Memang kesian tengok dia, tapi Alis bertegas untuk siapkan juga kerana mahu menghadiahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” ujarnya dengan memberitahu kesungguhan dan bakat Alis menyiapkan bendera sepanjang 12 meter itu telah melayakkan dia tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pelukis solo muda.

Terdahulu, Alis merupakan anak kepada pasangan Khaled Kamel dan Rahayu Mohammad.
Anak keempat daripada lima beradik ini belajar di Little Caliph School, Selayang, Selangor.

Bahasa Melayu, Matematik, bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, bahasa Arab adalah subjek yang dipelajari di tadika dan anak kecil ini sangat meminati Pendidikan Seni kerana baginya, seni adalah sesuatu yang indah.

Terdahulu, Alis merupakan anak kepada pasangan Khaled Kamel dan Rahayu Mohammad.
Anak keempat daripada lima beradik ini belajar di Little Caliph School, Selayang, Selangor.

Bahasa Melayu, Matematik, bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, bahasa Arab adalah subjek yang dipelajari di tadika dan anak kecil ini sangat meminati Pendidikan Seni kerana baginya, seni adalah sesuatu yang indah.

Alis suka menonton program televisyen berbentuk dokumentari seperti National GeographicAnimal Planet serta Discovery Science dan dia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka sekeluarga lebih banyak bertutur bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.

Pada 16 September ini, Alis akan menghasilkan satu lagi projek bersempena sambutan Hari Malaysia.

Marilah kita sama-sama nantikan, apakah projek tersebut.

Semoga berjaya dik!

Sumber : Sinar Harian

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.