COVID-19: Ibu bapa protes pembuk4an sekolah, bimb4ng penularan jangkit4n

LIMA: Ibu bapa di Lima, Peru mengadakan protes di luar Kementerian Pendidikan negara itu sebagai membantah program perintis untuk mengkaji proses pembelajaran secara bersemuka pada Isnin.
16 sekolah di ibu negara itu dijadual dibuka semula pada Khamis, keputusan yang disifatkan penunjuk perasaan sebagai mendedahkan anak-anak mereka kepada COVID-19.
Sebilangan besar sekolah di Peru telah kembali ke kelas secara bersemuka kerana keterbatasan akses internet dan elektrik.
Ia merupakan inisiatif Presiden Pedro Castillo, yang merupakan guru sebelum menjawat jawatan presiden.
Sebilangan besar sekolah di kawasan bandar ditutup sejak Mac 2020.
Wakil Persatuan Ibu Bapa yang menyertai tunjuk perasaan itu menegaskan, mereka terbuka untuk kembali ke kelas apabila guru dan pelajar diberi vaksin sepenuhnya.
Sumber : Astro Awani

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.