Jika Ada Mas4lah Dengan Ibu Bapa Atau Ibu Bapa Mertua, Am4lkan Doa Ini Agar Semuanya Kemb4li Baik

Jika Ada Masalah Dengan Ibu Bapa Atau Ibu Bapa Mertua, Amalkan Doa Ini Agar Semuanya Kembali Baik

Dalam kehidupan zaman kini, dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin tidak dapat dinafikan berlaku konflik sehingga salah seorang membawa diri dan mendiamkan diri. Jika bukan dengan pasangan boleh juga timbul masalah tersebut dengan mertua samada ibu mertua atau ayah mertua. Atau juga adik beradik sebelah suami atau isteri. Inilah antara cabaran setiap pasangan yg berkahwin.

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari ki4mat.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi. Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan doa ini.

Sahabat yang di rahmati Allah, Bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Alkhattab untuk memeluk agama Islam. Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.

Allahu lateefum bi’iibadihiyarzuqu man yashaa’ wahuwalqawiyyu ‘azeez..

Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Namanya zikir al lathiif:

  • Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang d3gil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.
  • Cara kedua, bacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.

Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, cukup amalkan zikir dan doa tersebut sambil yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu. Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan.

Sumber Youtube : Nasihat Ustazah

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.