Ibu maut tertimbus, an4k cedera dal4m kejadian tan4h runtuh

CAMERON HIGHLANDS – Seorang wanita maut manakala anaknya perempuannya yang berusia 29 tahun cedera dalam kejadian tanah rumah di Jalan Sungai Palas menghala jalan utama Brinchang susulan hujan lebat berterusan hampir dua jam pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Zulraime Seman berkata, mangsa, K.Vijaya, 59, maut tertimbus dalam runtuhan tanah manakala suami dan seorang lagi anak perempuan mangsa bagaimanapun terselamat dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, sembilan anggota dan empat pegawai BBP Cameron Highlands digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang

“Setibanya anggota di lokasi, didapati terdapat tanah runtuh yang membawa lumpur dan pokok tumbang hingga meranapkan sebuah rumah.

“Semasa kejadian terdapat empat orang di dalam rumah tersebut namun mangsa terperangkap di dalam runtuhan manakala tiga ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri.

“Wanita itu bagaimanapun berjaya ditemui pada jam 5:41 petang dan jengkaut digunakan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Mengulas lanjut, Zulraime berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, hujan lebat selama dua jam sebelum kejadian dipercayai telah menyebabkan pergerakan tanah di bahagian atas hingga mengakibatkan sebahagian rumah roboh dan dihanyutkan air.

Sumber : Sinar Harian

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.