Fazley Yaakob C4ri Jodoh Bu4t Ibu, T4k M4hu Su4mi Or4ng

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mahu mencarikan jodoh buat ibunya Datin Umi Kalsom Abdol Latib selepas lima tahun kematian suami, Datuk Yaakob Mohammad.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley berkata dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya tergerak untuk memuat naik perkongsian tersebut.

“Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat hantaran ini. Kali terakhir saya buat hantaran sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.

“Kini saya nak usahakan untuk ibu saya tercinta pula. Sememangnya soal jodoh dan pertemuan, semuanya rahsia Allah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa. Ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta,” katanya.

Dalam entri tersebut, Fazley turut menyenaraikan ciri-ciri lelaki yang bakal menjadi bapa tirinya. Syarat yang paling penting adalah lelaki tersebut bukanlah suami orang.

Fazley turut mencari lelaki yang jujur serta mempunya isifat sabar dan penyayang. Ujarnya lagi, adalah lebih baik jika bakal suami ibu suka makan kerana ibunya suka memasak.

Terdahulu, suami Umi Kalsom iaitu Allahyarham Yaakob Mohammad meninggal dunia pada Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.

Sumber : ROTIKAYA

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.