Mac4m Mana N4k Tuntut Pembah4gian Harta Pus4ka Si M4ti?

Bagaimana Membuat Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Si Mati?

Bila sebut harta pusaka, ramai yang fikir tentu rumit untuk membuat tuntutan apatah lagi sekiranya ia membabitkan jumlah keluarga yang ramai.

Ini menyebabkan ramai yang mengambil keputusan enggan membuat sebarang tuntutan kerana tidak mahu pening kepala atau berbalah dengan ahli keluarga.

Hakikatnya ramai yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai selok belok membuat tuntutan harta pusaka. Akibatnya harta semakin terbiar manakala jumlah waris bertambah ramai yang akan lebih menyukarkan untuk pembahagian hak.

Niaga Kini ingin berkongsi mengenai prosedur pembahagan harta pusaka. Ia hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan seperti berikut:

[Baca Juga Ramai Masih Keliru Pembahagian Wang KWSP, 6 Perkara Penting Perlu Anda Tahu]

(i) Harta Pusaka Besar

Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir di bawah kategori harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil.

Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad dan Baitulmal).

Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir pusaka.

Setelah Surat Kuasa mentadbir pusaka diperolehi, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang amanah harta si mati.

Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah. Pentadbir bertanggung jawab untuk menyelesaikan liabiliti-liabiliti si mati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati.

Kemudian, pentadbir hendaklah memohon satu perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat (takharuj dalam kalangan waris).

(ii) Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil adalah harta pusaka yang tertakluk di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu si mati yang meninggalkan harta tak alih sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000.

Permohonan pembahagian bagi harta pusaka kecil boleh dibuat oleh:

(a) Waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;

(b) Pemiutang dan pengkaveat;

(c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;

(d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati;

(e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;

(f) Amanah Raya Berhad.

Permohonan dibuat dengan mengisi borang A dan mengemukakan beberapa dokumen termasuk:

 

  • sijil kematian
  • permit pengkuburan
  • dokumen berkaitan harta si mati serta sijil carian harta.

Borang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG terdekat. Notis Perbicaraan akan dikeluarkan selepas itu melalui borang D dan semua waris dikehendaki hadir.

Waris yang tidak dapat hadir boleh kemukakan surat persetujuan (Borang DDA). Perbicaraan diadakan bagi menentukan harta si mati, menentukan waris si mati, menentukan bahagian waris dan menentukan cara pembahagian.

Penyelesaian pusaka akan dibuat oleh Pegawai Pusaka Kecil mengikut hukum syarak atau secara muafakat jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj).

Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik melalui borang F menyelesaikan kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati.

Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan kemudiannya melalui borang E dan pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.

(iii) Harta Pusaka Ringkas

Harta pusaka ringkas adalah terdiri daripada harta alih sahaja seperti:

  • wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00
  • saham-saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
  • Amanah Saham Nasional (ASN),
  • Amanah Saham Bumiputera (ASB),
  • kereta, wang simpanan di dalam bank dan sebagainya.

Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj).

Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik menyelesaikan kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati.

Perintah Pembahagian

Perintah pembahagian ialah perintah yang dibuat oleh pihak pemutus dan perintah ini mempunyai kuatkuasa perundangan.

Perintah ini perlu dibawa ke pejabat tanah (jika melibatkan harta tak alih) untuk didaftarkan. Perintah Pembahagian harta pusaka orang Islam dibuat dengan mematuhi hukum Islam (faraid) atau secara muafakat (persetujuan di kalangan ahli waris).

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan..

Sumber: eFaraid

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.