Lel4ki ‘Tarzan’ Y4ng Pern4h Tular Ker4na T4k Tahu W4nita Wujud, Meningg4l Dunia Akib4t Kanser

‘Tarzan’ tersebut yang bernama Ho Van Lang meninggal dunia di rumahnya pada 6 September lalu selepas beberapa berjuang melawan penyakit kanser.

Awal tahun ini, Lang mengalami kesakitan yang teruk pada perutnya menyebabkan dia dihantar saudaranya ke bandar Quang Ngai dan kemudian disahkan menghidap penyakit kanser hati.

Difahamkan bahawa kanser tersebut merebak dengan cepat sehingga menyebabkan dia gagal untuk melawan penyakit tersebut.

Ketika hayatnya, Lang memilih untuk tinggal di dalam hutan selepas bapanya yang bekerja sebagai askar membawa dia ke dalam kawasan tersebut bagi mengelak serangan bom tentera Amerika Syarikat (AS) selepas kehilangan isteri dan dua anaknya dalam pengeboman yang dilakukan AS ketika perang Vietnam pada awal 1970an.

Mereka kemudian membina pondok di atas sebaang poko dan hidup berasingan daripada penduduk kampung di dalam hutan dipercayai di daerah Tra Bong sebelum ditemui penduduk tempatan pada 2013.

Bapanya yang boleh bercakap dalam bahasa Cor meninggal dunia pada 2017 namun anaknya itu hanya mengetahui beberapa patah perkataan sahaja.

Sepanjang hayatnya, dia mengusahakan tanaman pisang dan padi serta memburu haiwan liar bagi dijadikan makanan.

 

Sumber: [1]

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.