Sempern4 ‘birthd4y’ su4mi, Anzalna Nasir mohon doa istiqom4h berhij4b

Lama tidak mendengar khabar pelakon cantik, Anzalna Nasir yang dilihat kini sibuk menguruskan keluarganya selepas kehadiran anak pertama.

Namun begitu, Anzalna tetap tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial miliknya untuk tatapan buat para peminat.

Sambut hari lahir suami

Dalam posting terbaru pelakon tersebut, dia telah menyambut hari ulang tahun suami tersayang Hanif Zaki bersama ahli keluarga.

Dia juga memberikan ucapan yang cukup romantis buat suaminya dan sempat memaklumkan akan ada banyak kejutan buat Hanif.

Kejutan istimewa buat suami tersayang

Oleh itu, dalam satu lagi perkongsian, Anzalna telah membuat kejutan buat suami apabila tampil berhijab.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Hanif yang dilihat terkejut dengan penampilan terkini isterinya terus memeluk dan mencium pelakon tersebut bersama anak mereka.

Mohon doakan terus istiqomah

Menerusi posting tersebut, Anzalna telah menulis kapsyen ringkas dengan berharap agar penampilannya terus istiqomah dan sekali lagi mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.

Sememangnya, perubahan yang dibawa oleh Anzalna merupakan hadiah cukup istimewa untuk Hanif.

Syukur Alhamdulillah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan juga warganet telah mengucapkan syukur apabila melihat pelakon drama Dendam Aurora itu kini berhijab.

Mereka turut memuji penampilan Anzalna yang dilihat kian berseri serta sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Hanif.

Sumber : ohmymedia

About admin

Check Also

Treler Terb4lik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi T4di, Seb4bkan Kedua-dua Arah Sesak

  Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan  Kemalangan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.