“Seb4hagian Org4n Dal4m Sudah Ros4k”- Ashraf Muslim Mohon Doa, Bapa Kini Terp4ksa Ditidurk4n

Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim memohon doa dari semua peminat dan pengikutnya dilaman sosial agar mendoakan kesihatan buat ayahnya, Muslim Bulat, 67, yang terpaksa ditidurkan.

Ashraf dilihat berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pagi ini.

Menurut Ashraf, ayahnya terpaksa ditidurkan atau melalui prosedur intubasi kerana berada pada tahap lima selepas disahkan positif wabak Covid-19 pada Jumaat lalu.

“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat.

“Ayah saya sedang melalui proses yang sukar sekarang ini. Jantung semakin lemah serta sebahagian organ dalam sudah rosak. Saya mohon sangat kepada ahli keluarga dan rakan mendoakan ayah agar kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat,” katanya.

Ashraf, 40, atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim juga berharap akan ada keajaiban yang akan berlaku terhadap bapanya itu untuk kembali sihat seperti sedia kala.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Sumber : TV3 Malaysia

About admin

Check Also

“Jangan Samak4n K3s Saya Deng4n K3s Orang Lain..”- Abby Abadi ‘S0und’ Netizen

  Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh pelakon terkenal iaitu Abby Abadi mula bersuara apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.